Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 24, 2012

~ RESULT . OMG !



Alhamdulillah, result dah dapat. Hmm result amat okay dari trial. Hihihi. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar cikgu. Terima kasih mak ayah sebab sokmo support angah. Terima kasih kawan-kawan. And terima kasih A5F HNSM, segala usaha yang kita buat bersama berhasil. Tahniah jugak kepada awak semua. Well done, kita dah buat yang terbaik. Tahniah kepada semua yang telah mendapat straight A’s.

Segala nikmat yang kita terima adalah ujian untuk kita. Allah nak tengok kita berasa riya’ atau bersyukur atas nikmat yang diberi. So kawan-kawan, jom jadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur. And segala kesusahan yang diterima juga ujian untuk kita. So segala ujian yang kita terima adalah untuk meningkatkan tahap keimanan kita. ~renungan bersama.


“our victory wasn’t form ourselves, it’s just a gift from the Almightyti his servants as they always remembered Him. Don’t boast. It wasn’t only your hardwork. It was the Allah’s wills.”

Okay saat nak ambik slip memang kalut. Lupa nombor giliran! Hahaha tertukar dengan nombor sekolah, 44 atau 88. Pening masa tu tambah tengah berdebar gila. Hehehe then tarik Nadiah, gi ambek slip. Sempat gak berdialog dengan Cikgu Asma.

Cikgu    :               Angka giliran ?
Fizah     :               44 . ehh bukan , 88. Hehehe
Cikgu    :               Awak nak pindah dok ?
Fizah     :               Hehe mak dok bagi ah cikgu.
Cikgu    :               Doh awak nak berape ?
Fizah     :               10 buleh cikgu ? hehe
Cikgu    :               10 guane nye awak ade 9 je nih . *sambil hulur slip*
Fizah     :               Heeeeeeeee . Alhamdulillah . *sengeh dok bereti*

pizza ..
Hahaha . okay tu pengalaman sekali seumur hidup. Takkan dilupakan. Then pergi jumpa semua cikgu yang ada. Lepas tu pergi lepak dengan Amy, Zati, Syam and Maryam dalam musolla. Hehehe. Lepas solat zohor, ‘Izzati Alissa belanja fizah and Amy makan pizza. Huhuhu tengs Zati !


Walaupun result tahun ni jatuh, kami tetap happy tapi maafkan kami cikgu! Insya Allah kami akan berusaha lagi untuk SPM pulak. Kawan-kawan yang nak pindah, please think twice. Tolonglah kekalkan angka 119 kita yang comel lagi cung tuh. Gps kita pun 1.19. kan comel tuh? Hihihi.
For the last word, Thanks to Allah.

Tuesday, December 18, 2012

Congrate Mom !



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hihihi. Okay sangatlah berdebar menanti result yang bakal keluar 19 December nih. Oke that’s wow! Terlalu awal tahun ni. Lagi berdebar bila cakap pasal result so stop talking about that.
On 15th December, my mom was graduated. Congrate mk! Konvokesyen ni dijalankan kat PWTC. And fizah ngan kakak masuk dalam dewan. Ouh bosan gegila weh, so apalagi, sumbat earphone then main game. Heeeee. Lepas majlis tu baru best sebab sepupu sepapat aku pun datang, Kak Syuhada, Kak Ee, Kak Ala, Kak Saidah, and tokki pun ade. Adik-adik mak pun ade. Semua happening gila weh. Riuh sefamily dalam PWTC oa. Ambek gambar tk bereti, penat duk sengeh. Huhuhu yang penting gambar ade so beres.

my mom my dad . my heroes .

Esok tu pulak kami, anak-anak dara ni dapat permit untu ke timesquare. Yeay suka gila woi bukan senang dapat permit nih. Huhuhu. Mujur ada Kak Ee, dia dah besar so dia jadi driver. Kak Asmaa pun ada, dia tu senior kakak. First2 kami naik roller coaster. Woah takut weh takut tapi best. Naik sekali lagi? ouh takkan pernah. No no no. cukup sekali seumur hidup. Then pergi main dan main lagi sampai pening. Sampai mainan budak kecik pun kami try. Hihi bila lagi nak try en?


Dah penat memag penat. Tanya mak bila nak balik? Mak kate 19th and what ??? weh ambek result hari tuh. So bertolak pkul 5 pagi, lepas tuh jem pulak kat bukit kuang. Memang menambah debaran dalam hati yang sedang bergelora nih. Sampai dungun lebih kurang dalam kul 11 gak. Gosok jubah and tudung, memang rushing laa. Huh hancur tudung. Dok jadi! Hahaha so what? Asal dapat slip. Hehehe. Hujan tak bereti memang sejuk mujur tak turun salji je kat dungun nih. 

Thursday, November 29, 2012

Kem Ana Solehah 2



Hai awak  dan awak . saya sangat letih .  baru balik dari kem lha katekan . ni semua maryam punye pasal . dia yang ajak pergi Kem Ibadah Ana Solehah 2 nih . mula-mula tuh rasa oke lagi . tapi bila dia dah kutip phone . ohh rezaq tak terkata . sabor jelah . ehm then semua kena rushing . sini sana . bangun awal . oh biaselah , nama pun kem kan . semua kena disiplin . yang best nye bila time kuliah . first kuliah by Ustaz Zulkifli Mamat , second kuliah by Kak Jah iaitu pengarah program . third kuliah by Ustaz Munih . forth punye by Ustaz Ja . semuanya best . banyak info baru . oh lupa . nk kenalkan roommate . Maryam and her sister, Khadijah , Kak Yaya and her sister Ela , and Mashitah . huh mujur lah . semua best . then ahli group pulak , Kak Zainab (ketua) , Kak Nabila , Kak Basyirah , Kak Izzah , Masyitah and Maryam . name group pulak Abqariyyun yang bermaksud cerdik . hari Jumaat tu Kak Zainab terpaksa balik and malu ah nak cakap . haha . oke Fizah sendiri kena jadi ketua . oke then , Allah berikan ujian kepada kita kerana Allah Maha Mengetahui setakat mana keupayaan kita kan ? then ada barang amanah iaitu telur tiga biji . oh my ! pecah satu . ehm tape-tape . rileks tanggungjawab kita sesame oke . everything kena ada strategi . kerjasama tuh penting . 

hadiah as the best group . and tuh telur .

Alhamdulillah semua ahli bagi komitmen . terima kasih semua . and berita yang tak disangka-sangka . masa majlis penutup , ada penyampaian hadiah kepada peserta terbaik dan kumpulan terbaik . semua group is the best . and anugerah kumpulan terbaik goes to ABQARIYYUN . alhamdulillah . tersangat lah terkejut . seriously , terkejut . oke then . terima kasih semua . katanya kami akan terus keep in touch dalam satu usrah and our naqibah is Kak Gie . insya-Allah . hari last baru rasa best kem ni . hahaha . and lagu tema bertajuk Jihad Generasi Baru .
dah try cari kat youtube tapi tak jumpa pulak lagu tu . okay yang penting best . :)

Sunday, November 25, 2012

Prominent's Sis di Dapur


Hai . I’m Chef Hafidzah . haha . dengan ini saya mengumumkan bahawa kami berlapan sudah mendapat pangkat sebagai Chef . yeah ! jeles ? haha . oh well kami semua ni anak didik Cikgu Sunaidi jadi jangan pandang rendah okay . haha . *sudah perasan* . oke dah . actually kami tak pandai mana pun memasak . masih belajar lagi .

Bagi memenuhi masa lapang selepas PMR nih , Cikgu Sunaidi menjemput kami untuk menghabiskan makanan dan bekalan di Bengkel KHB sebenarnya . banyak lagi yang belum habis . jadi kami pun dengan berbesar hati terima tawaran tu . dan di bawah penyeliaan cikgu , kami rancang satu menu utama iaitu Mee Sup Perut . pergghh . bes gila . dan menu sampingan yang lain semua kami buat sendiri .

Menu Utama                    :              Mee Sup Perut
Menu Sampingan            :              FIMY – chocolate cake
                                                         Jemput Najwa Latiff – jempu kosong
                                                         Telur Dadar – digelar hangit walaupun tidak sebenarnya
                                                         Wedges – nak tiru KFC nih
Minuman                            :            Sweet Tea
                                                          Syrup

Semuanya sedap and best . itu bagi kami . semua guru di bilik guru dijemput hadir . tapi kan masakan kami macam tawar je , oke sila jaga kesihatan ye . hahaha . walaupun begitu , tetap dapat sambutan k .

Chef Adiba          :               Telur Dadar + setia membasuh pinggan
Chef Aina            :               Telur Dadar
Chef Amy            :               FIMY
Chef Fatin           :               Sweet Tea
Chef Hafidzah     :               FIMY
Chef Nadiah        :               Wedges
Chef Syam           :               Mee Sup Perut + syrup
Chef Maryam      :               Jemput Kosong

bila anak dara berada di dapur .. semua benda nak diangkut ..
this Cikgu Sunaidi .. hebat ah x nangis pun

the making of MEE SUP PERUT

wedged air tangan NADIAH okey

the making of FIMY by Fizah and Amy

first FIMY . sila jaga kesihatan oke .. haha .. tawar tapi sedap

taadaa ! second FIMY .. ade topping lagi .. yang ni special untuk Team Projek PMR 2012 .. makan masa jamuan F3 tuh .. 

memang tersangat letih tapi best ah duk kat dapur ngan kengkawan . semua buat kerja . yeah ! kerjasama penting . kalau tak semua nih tak jadi kan ? 

Kelantan ~ GUA BACKABE was here



Gano gamok ? huuu kecek kelate . nak citer pasal Kelantan laa nih . oke kalau tanya f3 sekolah lain mesti ada pergi lawatan kat memane kan ? same goes to us . huhuhu . tapi kann lawatan kami ni satu hari aje . pergi pagi balik tengah malam . huhuhu . ape tengok-tengok ? *jelling* hahaha . tak percaya ? ehm nothing impossible . siapa cakap tak seronok ? seronok hape .. -.- hahaha . kalau nak kata shopping tu tak mana lha . sebab nak shopping best pakai duit mak bapak kan ? yang best nye dapat jejalan dengan kawan-kawan la . 

ehm start bertolak around 7.30 pagi . huhuhu . eksaited weyh . partner dalam bas Ain Shakirah . so much fun with her . bestfriend masa f1 tuu . hahaha . time dalam bas tuu , kami tengok cerita Death Bell . woohhhooo . ehm gila ah cerita tu . seriously , korang kena tengok . masa tengok cerita tu , rasa nak muntah . done crying with Ain . hahaha . ehm hantu nya tak takut pun tapi … oke sila tengok sendiri . hahaha . ramai jugak yang muntah . 


tempat first kami pergi ialah Rantau Panjang . woohoo . rambang mata gila tengok jersey kat sana . seriously . murah . so apa lagi . set dulu nak beli colour apa . then pergi cari . I got 2 jersey dan semua T90 . ehm kalau boleh nak beli lagi satu tapi .. takpelah . lain kali pulak k .

then pergi KB Mall . ehm tak shopping sangat pun . pergi makan dulu . lapar gila-gila time tu . ehm apa fzah beli ? ce teka  ? hahaha . semua barang Spongebob . yeah ! memang gila kalau Parkway ada kat Dungun nih . hahaha . kami nak pergi Wakaf Che Yeh tapi ehmmm . cikgu semua nak balik sebab esok sekolah lagi . oke takpe-takpe . bersyukurlah dapat pergi jejalan jugak . balik je sekolah terus tidur . letih . that’s all . thanks to all of my friends , at least kita ada kenangan kan ?

Tuesday, November 6, 2012

Tired . Full . Eat =D




Lastly dapat balik lagi dan rasa nya dah tak pergi kut sekolah . ermm dah last week nih memang tersangat LETIH tapi KENYANG . ehh ? urmm sebab nya makanan banyak sangat ! 

start hari isnin tuh, ada majlis penyembelihan dan aqiqah . dah buat kerja banyak-banyak . tersangat lah letih . bila dapat makan . makan banyak-banyak ! hahaha . kesian lembu a. hurm .. malam pulak ada majlis penutup ape entah .
 then esok nye hari selasa , kami dapat lessen dari cikgu khb untuk menghabiskan segala makanan di bengkel masakan dan juga perut lembu . maka kami A3F HNSM menjadi chef yang tak berapa bertauliah memasak sup perut dan  juga kek coklat ! dan kami makan besar ada hari tu . turut dijemput semua guru di pejabat 
sana . hihihi . 


petang pulak kena outing beli barang untuk jamuan halaqah malam tu . uhh sangat laa letih . 
malam pulak jamuan tuh makan ketam ! yesss saya dapat 3 ekor .. 2 ekor dimakan seorang diri dan 1 ekor lagi untuk kengkawan di hostel . yup kenyang lagi . dah letih pastu makan banyak tak rase pape pun . oke . 


esok tuh pulak, rabu, ada jamuan perpisahan f3 . sumbangan khas dari A3FHNSM kami buat kan kek coklat atas permintaan ramai . hahaha . then kena bersihkan dewan tuh pulak . uhh letih . Adiba basuh pinggan . saya tolong bilaskan aje . tuh pun sekejap aje sebab nak pergi tukar baju yang dah comot . sebab petang tuh pulak ada raptai untu majlis esoknya .
 lepas asar pulak pergi KFC ada jamuan sikit bagi organisasi tahun ni . 
malam pulak buat surprise untuk adik-adik sebab tu malam last bagi f3 . haa makan kek ais krim ! yummy ! pastu nak kena kemas barang-barang untuk bawak balik pulak . adesss letihhh . 


esok nya ada majlis untuk anugerah kecermelangan . ermm tak lah letih sangat . oke kalu nak ingat balik memang time malam aje lhaa masa untuk berehat . hurm . minggu last . memang best . dan sekarang dah terasa rindu pulak kengkawan aku . yee saya rindu awak sume .

Wednesday, October 24, 2012

Oh Lembu Kambing !



Oke.. Hari ni Hari Arafah, sunat puasa hari ni .. Insya-Allah banyak fadhilat nye ..
esok seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha di mana ramai lah yang akan berqurban .. kalau di Malaysia kita qurban kan Lembu ..
hemm hari ni banyak laa Twitterians and Facebookers yang post perihal lembu .. ada yang sedang menunggu masa .. Lembu, enjoy your time okey, Kambing sekali,. hahahaha,.

this from twitter
Tengok gambar nih, huhuhu
tak lupe jugak mesej daripada rakan-rakan,. well kalau di Pantai Timur sambutan Hari Raya AidilAdha lebih meriah dari AidilFitri tau.. hemm kalau kat rumah tokki sebelah mak nih memang dah jadi annual event sembelih lembu tapi tak tahu la pulak tahun ni berapa ekor .. malam nih balik kampung, so kena pergi check ni, hahaha.. as usual mesti dengar bunyi lembu time nak tidur.. hahaha..
one more thing.. tak sabar nak jumpa my big family ..

" Sometimes we have to sacrifice something that is more beautiful for our eyes for something that is more beautiful for our hearts "

okey .. Have Blast ! Selamat Hari Raya Aidil Adha



Saturday, October 20, 2012

Have Fun ! Have Blast !



Hello, see my glasses ? i'm looking for my girl in this blog,. =)
Okey,. hari ni kena back to hostel,. gambar di atas takde kene mengena langsung dengan post hari ni,. just rindu je budak ni,.hemm,. tak rasa teruk sangat kali ni sebab tak perlu runsing dah nak bawak buku ape,. nak angkut buku mane,. just fikir nak packing baju jaa,. and of course,. macam aktiviti yang gempak menanti kat sekolah,. seriously,. emm, habis aje PMR kene buat program untuk adik-adik,. well tahun depan tak stay kat menengah bawah dah,. naik menengah atas lah pulak takpun pindah,. ehh? pindah,. erm tuh kene istikharah dulu lah,. memang laa first-II nak pindah,. tapi fikir balik, macam tak payah aje,. sekolah dah bagus,. mak pun walaupun isi aje borang sbp and mrsm, fzah tahu mak tak berapa nk bagi,. ye laah walaupun duk kat hostel, rumah still dekat,.
Okeh, back to the story, Program Pasca PMR, tersangat lah best,. start esok,.!


21 October 2012 :
- Program Bersama Kaunselor
- Boys pergi TER (berkuda)
- Kem IT (8 pupils only including me !)

22 October 2012 :
- Travel to Kelantan

23 October 2012 :
- Girls pergi TER (Berkuda)
- Birthday Party of Aspuri'rians

24 October 2012 :
- Majlis Anugerah Hafazan
- BALIK  untuk HARI RAYA HAJI,. cuti sampai hari Ahad

29 October 2012 :
- Majlis Penyembelihan dan Aqiqah ~ this is great ! student form three aje yang akan urus semuanya dengan cikgu sebab F5 tak boleh kacau dah kan, F1, F2, F4 pulak exam,. so cool !

30 October 2012 :
- Jamuan F3 di Kelab Padang Golf Dungun
- Jamuan Halaqah (malam)

31 October 2012 :
- Having fun at Mesra Mall, Kerteh, ~Bowling~

1 November 2012 :
- Majlis Anugerah Kecemerlangan
- F3 balik for final year,. ! yeah ! but as for me,
i have another mission, so my mum still hantar fzah k sekolah dan make it reality,. 30 ! 30 ! 30 !

recently, i found my superman,.!
owh, amacam,.? full tak jadual,.? memang full, jangan kacau ! kami nak enjoy ! ye laa,. next year kena struggle balik,. kan? okey GUA BACKABE ! Have blast and don't spoil other's mood okeh ! just go on with your life,.
~ You will never know the true value of a moment until it becomes a memory - Spongebob

Friday, October 19, 2012

PMR is Over and Ends Here



Hai sume,. whooaa,. seriously excited nak posting malam nih,. nampak title entry yang paling best tuh,.? PMR IS OVER and ENDS HERE for well,. hari ni hari yang ketiga FREE ,. huhuhu,. time nak ambek LAST PAPERRR (gaya Johan) sumer super excited,. 


hari tu kan,. mak cakap nak datang first day ja,. fzah oke je,. tapi sampai last day pun mak still datang,. oh,. thank my super mak! seriously love you,.! fzah taw mak nervous sebab nih first daughter beliau ambil exam and duk hostel,. kakak fzah dulu duk rumah,. lain laa,. hahaha,. oke fzah nervous jugak mak,. tapi mak lagi nervous ! takpe laa,. everything is over,.. waitin' for the result laa pulak,. mari kita sama-sama doakan,.
'Insya-Allah,. Semoga  NUR HAFIDZAH AZMAN mendapat 9A dalam PMR dan sekaligus sekolahnya mendapat 100% 9A iaitu seramai 119 9A' Amiinn,.

okeh terima kasih sebab mendoakan kejayaan kami ye,. semoga Allah membalas kebaikan untuk kamu semua,. Amiinn,. 
habis je PMR,. petang tuh,. sume buku dihantar balik ke rumah,. dan kertas dikumpulkan untuk recycle,. dan buku yang boleh pakai lagi bagi kat adik-adik dalam dorm,. and esok tuh hantar buku teks,. oh yeah,.! no books okeh,.



yes ! untill now,. then 2014 fight for SPM pulak,. hemm,. wish me good luck okeh,. at least nothing to think till now,. but i still have other mission,. 30 ! 30 ! 30 ! Pray for me,. =)


Tuesday, August 21, 2012

Oh Ramadhan,. I'm Missing You!


Alhamdulillah,. Big Thanks to Allah,. dah sampai kita ke bulan Syawal kan,. sedih jugak tinggalkan Ramadhan,. heemmm,. jadual kat sekolah berubah untuk bulan Ramadhan dan,. sangad lah best tau,.!


Bangun pagi,. : studi dulu ngan A5F HNSM kat bilik tv,. then pegi sahur, tidur, bangun, mandi, go to musolla,. experience paling best time nih, pernah sekali tuh, tengah-II studi, tetibe dengar suare sarjan,. fuuuhhh,. 'capberapok' kami lari mencari tudung @ kain sembahyang,. hua3,. then cepat-cepat fzah pegi tutup pintu, hahaha,. lulz,. lawak-II,. esok tuh pulak,. the same thing happen,. and takde pulak sarjan lalu,. just shout 'Bangun, bangun, sahur!',. tapi kan,. ade pulak yang menggelabah,. kami rilek jaa,. hahaa,. hen, gelak kat dy ramai-ramai,. ~sweet memory ehhh,.

Lepas subuh,. pergi sekolah macam biase,. mase rehat,. tidur,.! hahaha,. qailullah,. dalam kelas aje,. sebabnye jadual kami yg sepatutnye kol 12.30 tidur sekejap tuh, dah takde untuk bulan Ramadhan,. then, balik sekolah jam 2.30 ptg, and bersiap ke musolla, solat berjemaah bersama guru and then dengar tazkirah dari ustaz / ustazah,. hemm,. then, tidur, letih sesangad,. huhuhu,.

lepas asar, pergi tadaruss,. Alhamdulillah,. usrah fzah khatam 30 Julai 2012,. thanks ye sume,. lepas tadarus ade ifthor jama'ie,. berbuka pun dalam usrah,. sangad lah best,,! malam pulak, tarawih kat sekolah,. huhuhu,. 2 kali aje pergi masjid,. lepas tuh, sambung prep,.. wow! bes sangad kalo jadual diteruskan begini,.
jadual biase pun bes jugak,. just bersyukur dengan segala nikmat Allah bagi,. say ALHAMDULILLAH,. thanks to Allah, i got a blast during Ramadhan this year,.



Friday, August 17, 2012

A5F HNSM


Selamat Pagi sume,.! Alhamdulillah,. Selepas lame blog ini ditinggal,. Akhirnya dapat kami bersua kembali,. Dear Blog, I miss you so much,.! Yeah, many story,. But this is not the right time to write all of it,. Okeyh,. Lepas PMR, sume aku tulis sini eh,. Hahaha,. Oke,. Trial dah lepas,. Ffuuhhh,.! Lega sangad,. Tapi ade 2 lagi exam,. Tambah nilai and PMR 2012,. See? Tak lame lagi dah,. Around 50 hari lagi,. So fizah, jangan koyya lebih-II ehh,. huhuhu,.
Lepas OTI 2,.kene shuffle kelas,. wah,. sangad bagos,. dengan ini fzah dimasukkan ke kelas 3 Ibnu AMIR,. suke sesangad boleh masok kelas tuh,. ramai geng yeah,.! nak studi bes siket,. (wala banyak main pon), hahaha,. whateve.. lepas trial pulak,. kene shuffle kelas lagi,. hemm,. masuk kelas 3 Nafi' pulak dah,. tak taw lagi macam mana kelas tuh,. sebab lepas bukak sekolah ni barulah masuk kelas baru,. addooiihh,. dengan sape pulak nak stadi dalam kelas nih,. ehh,. Cikgu! boleh tak saya nak pergi kelas lain? Kalau tak susah nak stadi nih,. kui3,. berani ke nak cakap macam tuh? tak pasal-pasal ade yang makan kaki,. hahaha,. mujur laa dah cop sebelah Yus,. boleh jugak usik die,. hehehehe,. tuh memang hobi saye yee,. yang paling bes,. dah buad stadi grup,. lepas je shuffle kelas,. whooohaa,. 10 orang sumer nye,.
it's named A5F HNSM,. 
~ Amy
~ Azra
~ Aina
~ Hafidzah >_~
~ Nadiah
~ Syam




alhamdulillah,. kami just follow nasihat Cikgu Ya,. buad studi grup,. and Alhamdulillah,. segala nya berjalan dengan lancar,. cuma dalam bulan Ramadhan aje kami kurang sikit,. hahaha,. tapi masing-masing dah sedar kan,.? PMR dah dekat,. oke,. mari kita studi,. doh-II laa tuh maen nyee,. hahaha,. actually fzah yang banyak sangad maen,. huhuhu,. okeh,. studi tetap studi,. blog tetap di hati,. biarlah ape pun orang nak kata,. asal kita buad benda yang betol,.

@MiszHepi

i just do what i want,. it's not about what people are saying,. IT'S ABOUT ME,.


 one more thing,. jangan cari pasal sangad ye dengan name-name di atas nih,. kang tak pasal-pasal kene,. hahahha,. dangerous jugak mereka ni ek,. hahaha,. oke guys,.
saya sayang korang sesangad,. susah senang kite bersame ek,. pliss walau terpisah kelas,. ade di bawah dan ade di atas,. kite tetap "sekalli,.",. macam-macam Allah bagi ujian kan? takpe,. bersabar ye kawan-kawan,. you're not alone,.! 
when there's nobody in the world that count your tears, remember, anywhere and what you are, Allah knows,.
studi baik-II,. ingat susah dulu,. 9A menanti dengan penuh setia,. wahahaha,. oke,. nanti sekolah bukak,. kite buad jadual baru ehh,. jangan cepat merungut, perancangan Allah adalah lebih baik,. okey,. <3
we love cartoon,. 

Sunday, August 5, 2012

KAMI G.U.A. BACKABE



Alhadulillah,. trial daa lepas,. menunggu tambah nilai,. and lastly,. PMR 2012,.
wah3,. tak lame daah,. so buad persediaan dari awal,.
boleh bayang tak,. dari first day kami exam trial nih,. macam-macam terjadi sampai laa hari rabu,.
sesungguhnya semua yang terjadi tuh bagi pengajaran buad kami BATCH F3 2012,.
ye kami mengaku kami salah,. sesungguhnye kami tak sedar,. Alhamdulillah,.
teguran daripada guru-guru buad kami sedar,. kami tahu cikgu sayangkan kami,.
that's why cikgu so caring about us,. waahh,.! kami sayang cikgu,.!
serius,. selepas kejadian SEMINGGU TRIAL nih,.
macam-macam daa pengajaran yang kami dapat,.
minggu trial,. bukan setakat trial exam,. tapi trial Akhlak jugak,. kan kawan-kawan,.?
ye,. *speechless,. seriously,. harap sangad sume dapat mengubah diri masing-masing,.
jadilah yang terbaik antara yang terbaek,.! cayalah,.
i'm not saying the IMPOSSIBLE word,. but i'm saying I'M POSSIBLE,.!


G.U.A. BACKABE,. PMR SOHOR KAMILAH JUARA ,.!
nih trademark,. girls tak nyanyi pom,. boys only,.

Gemuruh PMR..
Tahun 2012..
Membakar semangat..
Jadi student berjaya..
Marilah kita capai 9A PMR

PMR SOHOR
KAMILAH JUARA..

Generasi keenam menggegar dunia
Segala halangan kami hadapi
Walaupun sukar kami tempuhi
PMR WE CONQUER..CONQUER
PMR WE CONQUER..CONQUER

Datang ke IMTIAZ satu reason sajer..
Bukannya main bukan tidur pula..
Tapi sebaliknya.. 9A semua!!
PMR WE CONQUER..CONQUER
PMR WE CONQUER..CONQUER

MILE x6 A!!
MILE x6 A!!
TAKBIR! ALLAHU AKBAR!!
 

okeh,. semangat,.? mesti laa semangat,. chill der,.!
okeylah,. this for MYSELF and SPECIALLY FOR GUA BACKABE,.!
> ingat ambek pengajaran dari minggu nih,.
> jangan mudah berpuas hati dengan apa yang telah kita dapat,.
> gembirakan hati Cikgu,.!
> jom naikkan name sekola kite balek,.
> sentiase mencari keredhaan Allah,.
> jage hubungan kite sesame manusia,. ngan junior kite,. *isk2
> jage akhlak,.
> ingat Quran,. others follow,.
> saye sayang awok sume,.! <3

Saturday, July 21, 2012

Last Post < Trial


okeh, first sekali,. nk MINTAK MAAF,. sempena bulan Ramadhan Kareem nih,. and sebab daa lame menyepi,. aah! bukan xmo update blog yg telah berhabuk dan akan berhabuk LAGI nih,. tapi PMR yang terchenta memanggil sudaa,. okeh,. s0o korang pom DOAKAN KEJAYAAN FZAH DI DUNIE DAN DI AKHIRAT yee,.!
my beloved,.
i have lot of story,. very3,. hahaha,. tapi x berkesempatan pom na post kat sini,.
hehehe,. alhamdulillah,. now i'm wake up!
daa ade study group,. and diorang best siot,.!
jadual harian pom best sesangad,. memenuhi citarase and kehendak,.hahaha,.
lepas PMR kite share ye care study,. hehehe,. 
i'd got the true way to study effectively,. tenks a lot to Cikgu Ya,.
okeh,. this is the last post from me before trial,.
see? i'm gonna leave my blog,. not forever,. hehehe,. speaking? piirrrahhh,. hahaha,.
wtv,. okeh,. caw lu,. gonna miss all of this,.
yeah! PMR 9A! 119 100% 9A,.


Selamat Menyambut Ramadhan Kareem

Friday, June 8, 2012

Go Back to ur Prison, Now!


tadi ayh tanye kakak,. : kakak nk g biler sekola?
kakak jwb  : next week bole?
ayh hanye mampu geleng kepale,.
then ayh tnye fzah lak : angoh nk g skola bile?
fzah jwb dgn jwpan yg agak logik sikit : malam bole tak ayh?
then mk nyampuk : alahai,. buad sekola sndri laa gtuh gop,.
hehehe,. ni laa hakikat org duk kat hostel,. sekali bole balek,. yeay! x sabor!
then time kene pegi pulak,. *baju x kemas lagi,. x gosok lagi,. xmo gi skola laa gtuh,. bole sy panjangkan cuti sy?* tuh ayt bese fzah time xmo gi sekola,. hahaha,.
siyes,,. hati memang xmo balek ke prison tuh,.tapi kene jugak balek hostel,. sabor2,. 9A menanti,. lepas dapat 9A,. terus caww dari sekola,. x gitu? hehehe,.
hemm,. okeh skrang baju x kemas lagi,. x gosok lagi,. macam bese,.
tapi rindu kengkawan,.
tapi fzah bahagie duk kat umah,. keje settle,. on9 settle,. blog pom settle,.
whaaaaaa,. okeh,. ~berkorban ape saje,.
pe2 pom,. doakan fzah berjaya dunie akhirat eh,. 9A,. jadi anak solehah,.
>_~
haa,. comel x? nih Spongebob Squarepants kesayangan fzah,. sayang sesangad,. sangad-III,. bes peluk nih,. ke  mane saje,. akan ku bawa kau pergi ,.  cewwahh,. 

nih pulak,. ntah pape,. sesaje,. birthday present taon lepas,. huhuhu,.  sesaje ambek gambar,.  alang-II ambek gambar spongy tuh,. dy nak jugak,. alahai,. 


All the Above Copyright is the Property of Misz Hepi