Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 2, 2011

10 Wasiat Imam Hassan al-Banna



    • Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun
    • Bacalah al-Quran, tatpilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah
    • Berusahalah bertutur dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam
    • Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertelingkahan yang kosong tidak memberi apa-apa jua kebaikan
    • Janganlah banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram
    • Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara
    • Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang
    • Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan
    • Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang
    • Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada diri kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksaannya

    Mem0ire Chenta Lucka


    Tika lembayung ultra ungu berada di ufuk senja, aku terkenang memori masam-masam manis kita di bumi ini...Kehadiranmu bersama molekul-molekul gas dan ion-ion mengubati hatiku yang lara lagi sepi...Kau hadir tanpa diundang dan pergi tanpa dihalau...Tanggal 7 0gos, tarikh keramat bagi kita... Tarikh yang penuh dengan azimat saktimu..Kita membina impian kasih kita, sesucinya cinta kita...Ku mengharapkan perhubungan kita semanisnya impianku...

    Kini, kelakuanmu seakan-akan 'Pontianak Harum Sundal Malam' yang bisa menghantui fikiranku...Mengapa..? Mengapa kau berubah sekelip mata..? Dirimu ku ibaratkan seperti Chipsmore...Sekejap ada..sekejap xde...Kau selalu mengelak apabila berjumpa denganku...Dulu kita diibaratkan seperti Romeo dan Juliet..Laila dan Majnun...Seperti ada pautan magnet yang kuat di antara kita...Tarikan kelektropositifan yang amat kuat...Kini, apa yang ku impikan x seindah mimpku...Aku terhimpit di antara Menara Berkembar Petronas dan akhirnya jatuh ke landasan LRT lalu terkubur bersama bunga-bunga cinta yang kita semai bersama baja organik dahulu...Adakah kau masih ingat..? atau kau sudah lupa kerana berpenyakit amnesia..? Sedalam mana cintamu terhadapku kasih..? Aku tahi akux se'glamour' Mawi..Aku x se'macho' Brad Pitt...Namun adakah semua itu menjadi punca kau menjauhi aku..? Ekoran daripada insiden itu, aku melapah itik dan ayam milik nenekku lalu ku buat gulai...Ku koyak surat-surat cintamu lalu ku gubah menjadi kapal terbang...Arjuna cinta yang kita bina akhirnya musnah dilanda ombak tsunami...Aerofoil yang kau hadiahkan sempena hari jadiku ku cincang sehingga lumat lalu ku 'hadiahkan' aerofoil ini kepada lembu kesayangan ibuku...Segala janji manismu dulu, x semasin air Laut China Selatan...Ku lempar jauh-jauh ke Pantai Teluk Lipat...Pesona rindumu dulu ku buang dalam tong sampah MDD...Aku benci bertemankan air mata... Aku bukan seperti Ria Qistina yang suka memendam perasaan...Ku tahu, berita perpisahan kita ini telah diketahui oleh puak orang asli di Papua New Guinea...Mereka telah menghantar isyarat pantas kepadaku melalui kepulan asap supaya jangan bersedih...

    Selagi Econjaya masih maju...selagi kumpulan AMUK masih bertopeng...selagi tiang elektrik di hadapan rumahku tidak berbunga...selagi bilangan penceraian tidak dapat menandingi bilangan perkahwinan...dan selagi ada cinta bak kata Ning Baizura...Selagi itulah kau tetap di ingatanku... Raya nanti, aku menanti kehadiranmu di atas kelapa..itupun kalau kau sudi datang ke rumahku...Pintu jamban rumahku sentiasa terbuka untukmu..!

    Keinsafan...


    Hidup ini mencari erti
    Setiap orang memainkan peranan
    Segala yang baik dan juga yang buruk
    Akan datang mengekori jalan
    Membuat hidup menjadi nyata

    Bila dosa sudah menghampiri
    Akan kekal karat di hati
    Menjadikan karat seperti di besi
    Syaitan kan riang ketawa ha..ha..

    Membawa kebahagiaan ke akhirat
    Membarakan semangat yang terkubur
    Keburukan berlaku bertubi-tubi
    Tanpa belas dan simpati

    Datang cahaya yang semakin suram
    Membri petunjuk satu hidayah
    Kesedaran ke atas perbuatan diri
    Yang terhitung di sanubariku

    Petunjuk Mu Ilahi Yang Maha Suci
    Memberi harapan bersinar kembali
    Yang kaku akan jatuh berderai
    Berteriak syaitan tanda keresahan
    Memusnahkan segala jalan di tengah penitian

    Segala yang kotor dihapuskan
    Air yang pasang disurutkan
    Segala yang panas diredakan
    Segala yang karat dikilatkan

    Bertaubatlah, Bertaqwalah dengan penuh keikhlasan
    Semoga diberkati Ilahi
    Di atas keinsafan perbuatan diri
    Yang tidak akan berulang kembali

    Setiap taubat akan diampuni
    Sekiranya taubat seikhlas hati
    Jangan pisang berbuah dua kali
    Kelak dirimu yang akan rugi

    Buang yang keruh ambil yang jernih
    Perkara lama pengajaran diri
    Permata berlian bersinar kembali
    Membawa kebahagiaan ke akhirat nanti...

    Balek FJ...!

    ci

    okeyh.. nie nak citer pasal aq skunk nie.. tercampak kat sebuah kampung yang sangat bermakne buatku..!!! nak taw knape hebag sangat kampung ana nieyh..??? hmm... len kali laa ana citer oke..! ;)

    skunk nieyh nk citer yang ana hepiy sesangat bley baleq kg eryh..coz lame sanagt daa x baleq.. nk jenguk ayam itik t0k ana..hihihi... ermm.. balek mser ari selase ari tuh.. 31 Mei... ana balek pagi ngan Mak..Eqah..n Tirah.. pastu.. terus pegi Qber amek akak ana kat skula...n then bru sampai.. hihihi.. name glamour kg ana FJ..nme pnjangnyer..
    FELDA JERANGAU...~taw x kt mane..? hahaa... Dungun nie jer.. tpi dkat ngan Ajil.. 

    hmm.. 4 the 1st nite.. ana tdow kat umh t0kki(sblah mak).. pastu..baru g umah t0k(sblah ayah..).. ana tdow umh t0k smpai laa skunk nieyh.. nie ana post kat umh t0k laa nir..mesti korang pelik un naper kjap jer ana smpai kt umh t0k plak..?.. hihihi.. bcoz mak n ayh ana dri kg yg smer..swit un..hahaha..tuh private lurve story laa..

    ari nie plak.. mk ana daa nk bleq Dungun.. tpi ana konpius nk bleq k xmo.. last2.. mk ana bleq g2 jer.. ana un..hmm..x taw nk wat mcm mne.. xkan nk bleq Dungun jln kaki kowt.. sbnornyer mk ana nk Cameron ptang nie.. ana malas.. xtaw nper.. 1 lagi coz ad konflik cket ngee adeq2 tuh.. urgghh.. mls piker.. ;) haa.. back to the story.. skunk nie ana rse mk ana daa smpai kowt kt Cameron.. huissh.. dasyat un ana.. mk pegi Cameron pom ana x ikut.. n ana rse x rugi pape un coz bukak skula nnti ad trip kt Cameron gak.. hehehe...
    hmm.. nk ckp sdih x jgak.. tp ad laa jgak sdih tuh.. anyway hidup msti dtruskan.. kat cnie ana ad rmai sedare.. s0o xlaa sdih ngat kan..
    sbnarnyer rmai ank t0k ana(mk n pk sdare ana laa) daa bleq n akn bleq esk kowt.. s0o sumer kmpul mcm raye..ngee~..
    nk taw knpe sumer bleq..? sblom nie mmg jrang laa nk kumpul sumer2..
    bcoz.. sabtu nieyh.. sowang pak sdare ana yg satu2 nyer nk tunang..! hohoho...! x sbow aser..! s0o.. jus wait this saturday..!n wait 4 my story mory.. hahahah...
    that's ol laa 4 this part.. hehhe..nk tulis nde laen plak..!!! kihkikihkih...
    ;)

    Wednesday, June 1, 2011

    Aurat Wanita...




    Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

    Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

    Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.



    Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

    Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

    Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

    Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

    Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?


    Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

    Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

    Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

    Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

    Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.


    Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

    Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

    Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.



    Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian. InsyaAllah, diredaiNya...



    All the Above Copyright is the Property of Misz Hepi