Mesti terkejut kan bace title post kali ni,.? Bukan ape,.
Tapi sebagai manusia dan hamba Allah,. Kenalah ingat bahawa mati menunggu kita
sebab dunia ini dipinjam sekejap je,. Yang membezakan hanyalah waktunya
sahaja,. Ada yang cepat.. ade lambat,. Tapi kita ummat Nabi Muhammad s.a.w. max
umur kite dalam 60-an jee,. Kalau yang dah lebih dikire bonus jadi
bersyukurlah,. Oke dalam mengejar kehidupan dunia ni kadang-II kita lupa bahawa
akhirat sedang menanti,. Macam mane pulak dengan bekalan untuk menghadapi dunia
akhirat,.? Segala harta yang ada kat atas dunia ni nanti hancur jugak,. S0o,.
Kita juga perlu ingat bahawa kita pom mesti sediakan bekalan untuk akhirat,.
Bekalan yang boleh kita bawak nanti amalan kita sepanjang hidup kat atas muka
bumi ni,. Dah cukup ke amalan,.? Tepuk dada tanya iman,.
Di dunia ni macam-macam yang kita rancang untuk masa hadapan,
tetapi kita hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukan segalanya,.
Actually fzah tertarik dengan dialog ni,. Meh paham betol-II :
A : Apakah kebarangkalian semua yang
dirancang tidak akan berlaku?
BCD : Ya,.(sambil menggangguk)
A : Adakah semua yang berjaya mendapat
segulung ijazah mendapat pekerjaan?
BCD : Tidak,.
A : Adakah semua yang bekerja berjaya
kahwin?
BCD : Insya-Allah,.Insya-Allah (sambil
tersengeh)
A : Adakah yang sudah berkahwin mendapat
anak?
BCD : Tak jugak,. Sebab ada yang tak ade
anak lagi,.
A : Adakah yang sudah beranak sempat tua?
BCD : (hanya menggelengkan kepala,.)
Semua yang dirancang itu mungkin berlaku dan mungkin tidak
akan berlaku,. Tetapi hanya satu sahaja yang pasti terjadi,.
A : Jadi, yang sebenar-benarnya ialah
saya patut memanggil awak semua
WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian, betul tak,.?
BCD : (mereka tersentak. Kemudian ketawa)
A : Kalau saya panggil Datuk, mungkin tak
jadi Datuk,. Kalau saya panggil bakal Puan Seri, mungkin tak jadi Puan Seri,
jadi apa yang betulnya adalah saya memanggil anda semua ‘WAHAI BAKAL- BAKAL
JENAZAH’ sekalian, betul tak,.?\
BCD : (mereka ketawa tetapi hanya untuk
sesaat. Kemudian wajah mereka berubah)
Memberi satu pukulan maut ketika manusia sedang ketawa amat
besar kesannya. Bukan mentertawakan sesiapa tetapi tertawakan diri sendiri
kerana diri sendiri telah melupakan perkara itu..
S0o,. Anda macam mane,.?
No comments:
Post a Comment