Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 16, 2012

Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis


Ya Allah
Andai masanya belum tiba
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta
Aku memohon agar kau tunjukkan jalan
Agar kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat
Dan jauhkanlah aku daripada perkara yang Engkau murkai
Agar aku dapat menjaga diri

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu
Jadikanlah aku mencintainya kerana agama yang ada padanya
Jika hilang agama yang ada dalam dirinya
Maka hilanglah cintaku padanya
Sesungguhnya cinta yang suci itu tidak buta

Ya Allah
Dan jika dia mencintai aku
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah

Ya Allah
Jika ini bukan masanya
Jika ini belum saatnya
San jika Kau tahu kami belum bersedia
Selamatkanlah kami
Jarakkanlah kami
Pisahkanlah kami
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah
Agar kami tak mengundang murka-Mu
Agar kami dapat menjaga hati
Agar hati menjadi yang diredhai Ilahi

Ya Allah
Andai dia bukan untukku
Andai dia bukan jodohku
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya
Berikanlah dia insan yang benar-benar terbaik buat kehidupannya
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu



All the Above Copyright is the Property of Misz Hepi