Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 5, 2012

Konsep Perniagaan Runcit >_~

sori laa my beloved blog ye,. tak sempat nak update,. takde berhabuk sangad kan,. bizi dengan ole-ole,. *ntah nape saye suke ole-ole kali,. at least ade keje nak buad,.
back to story,. bizi jugak dgn keje kusus,. sejarah punye daa siap cume kene adjust sikit lepas tuh boleh binding daa,. for keje kusus geografi,. peta je tak siap lagi,. okeh,.

actually,. entri kali nih nak share Konsep Perniagaan Runcit yang fzah buad sndri,. okeh,. sje je,. #ilmu pelru dikongsi,. kecik mane pom ilmu tuh kene kongsi,. *pesan Cikgu Hasmawaty,. my beloved mentor,. i'll always remember,.


Konsep dan Jenis Perniagaan Pasar malam
Menurut buku teks Perdagangan Tingkatan Empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu seperti rakan dan jiran. Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit pasar malam secara kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, peniaga menjual makanan, minuman, ais krim, buah-buahan, sayur-sayuran dan pakaian. Kebiasaannya gerai yang didirikan bersifat sementara dan akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.
            Perniagaan runcit iaitu pasar malam di kawasan kajian beroperasi sekali seminggu sahaja iaitu pada setiap hari Isnin bermula dari jam 4.00 petang sehingga jam 11.00 malam. Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan pada 12 Mac 2012, didapati tiga orang peniaga menjual buah-buahan, 13 orang peniaga menjual makanan seperti karipap, mee goring, mee sup, sate, ayam goring dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat tujuh orang peniaga menjual minuman, empat orang peniaga pula menjual pakaian. Di samping itu, seorang peniaga sahaja yang menjual barang permainan kanak-kanak dan dua orang peniaga menjual aksesori wanita. Perincian jumlah dan jenis barangan yang telah dijual dapat dilihat dalam jadual dan graf bar berikut.

Jadual 1 : Jenis Barangan dan Jumlah Peniaga di
Pasar Malam Batu 48, Dungun

Bil
Jenis Barangan yang Dijual
Jumlah Penjual
1
Buah-buahan
3
2
Makanan
13
3
Minuman
7
4
Pakaian
4
5
Barang Permainan
1
6
Aksesori Wanita
2
Jumlah
30
 Sumber : Pemerhatian di Kawasan Kajian pada 12 Mac 2012
Carta Pai :
Sumber : Pemerhatian di Kawasan Kajian pada 12 Mac 2012


okeh,. sape-II teringin tuh,. ambek laa,. lebih suke dengan izin ye,. yg pasti mesti kne ubah jugak kan,. dun miss to comment,.

4 comments:

Jyea ™ said...

heypp , thanks for the info ;)
I copied :)

Misz Hepi said...

ouh,. okeh,. welkem2,.

azrul hakim said...

thanks a lot

Himagewl said...

10q.This page help me so much

All the Above Copyright is the Property of Misz Hepi