Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 2, 2011

Mem0ire Chenta Lucka


Tika lembayung ultra ungu berada di ufuk senja, aku terkenang memori masam-masam manis kita di bumi ini...Kehadiranmu bersama molekul-molekul gas dan ion-ion mengubati hatiku yang lara lagi sepi...Kau hadir tanpa diundang dan pergi tanpa dihalau...Tanggal 7 0gos, tarikh keramat bagi kita... Tarikh yang penuh dengan azimat saktimu..Kita membina impian kasih kita, sesucinya cinta kita...Ku mengharapkan perhubungan kita semanisnya impianku...

Kini, kelakuanmu seakan-akan 'Pontianak Harum Sundal Malam' yang bisa menghantui fikiranku...Mengapa..? Mengapa kau berubah sekelip mata..? Dirimu ku ibaratkan seperti Chipsmore...Sekejap ada..sekejap xde...Kau selalu mengelak apabila berjumpa denganku...Dulu kita diibaratkan seperti Romeo dan Juliet..Laila dan Majnun...Seperti ada pautan magnet yang kuat di antara kita...Tarikan kelektropositifan yang amat kuat...Kini, apa yang ku impikan x seindah mimpku...Aku terhimpit di antara Menara Berkembar Petronas dan akhirnya jatuh ke landasan LRT lalu terkubur bersama bunga-bunga cinta yang kita semai bersama baja organik dahulu...Adakah kau masih ingat..? atau kau sudah lupa kerana berpenyakit amnesia..? Sedalam mana cintamu terhadapku kasih..? Aku tahi akux se'glamour' Mawi..Aku x se'macho' Brad Pitt...Namun adakah semua itu menjadi punca kau menjauhi aku..? Ekoran daripada insiden itu, aku melapah itik dan ayam milik nenekku lalu ku buat gulai...Ku koyak surat-surat cintamu lalu ku gubah menjadi kapal terbang...Arjuna cinta yang kita bina akhirnya musnah dilanda ombak tsunami...Aerofoil yang kau hadiahkan sempena hari jadiku ku cincang sehingga lumat lalu ku 'hadiahkan' aerofoil ini kepada lembu kesayangan ibuku...Segala janji manismu dulu, x semasin air Laut China Selatan...Ku lempar jauh-jauh ke Pantai Teluk Lipat...Pesona rindumu dulu ku buang dalam tong sampah MDD...Aku benci bertemankan air mata... Aku bukan seperti Ria Qistina yang suka memendam perasaan...Ku tahu, berita perpisahan kita ini telah diketahui oleh puak orang asli di Papua New Guinea...Mereka telah menghantar isyarat pantas kepadaku melalui kepulan asap supaya jangan bersedih...

Selagi Econjaya masih maju...selagi kumpulan AMUK masih bertopeng...selagi tiang elektrik di hadapan rumahku tidak berbunga...selagi bilangan penceraian tidak dapat menandingi bilangan perkahwinan...dan selagi ada cinta bak kata Ning Baizura...Selagi itulah kau tetap di ingatanku... Raya nanti, aku menanti kehadiranmu di atas kelapa..itupun kalau kau sudi datang ke rumahku...Pintu jamban rumahku sentiasa terbuka untukmu..!

No comments:

All the Above Copyright is the Property of Misz Hepi