- Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun
- Bacalah al-Quran, tatpilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah
- Berusahalah bertutur dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam
- Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertelingkahan yang kosong tidak memberi apa-apa jua kebaikan
- Janganlah banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram
- Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara
- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang
- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan
- Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang
- Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada diri kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksaannya
Thursday, June 2, 2011
10 Wasiat Imam Hassan al-Banna
Labels:
Self-Reflection..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment