Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 24, 2012

Chess a.k.a. Catur



Alhamdulillah,. Daa abes daa Kejohanan Catur MSSD,. Huh.. actually fzah daa berkecimpung dalam chess dari darjah 6 lagi,. Tak pernah pernah pom pergi peringkat negeri,. Huhuhu,. Nak buad macam mane,. Fzah ni xder r pandai sangat,. Cume tahun ni syukur sesangat sebab memang meningkat dari taon-taon lalu,. Hehe,. Untuk mssd tahun ni maen sampai 7 game,. Huh,. Tahun ni takde penat macam taon-taon lepas,. Entahlaa,.memang takde rase pape pom,.
Tahun ni memang tahun yang paling malas practice,. Coach kiteorang, Cikgu Hisamullah, ~Johan Catur Terengganu~,. Beliau agak bizi ngan badminton tahun ni,. Sebab geng-geng bad ade lawan MASSMAT jugak,. Soo,,focus ckgu lebih kpd bad,. Huh,. Seriously,. Kami agak geram,. And the most unbelievable things are,. We didn’t practice for a week and coach tak datang pom mase hari kiteorang lawan,. Hadoiiiyyaaiii,…!!! Ops! Haa lupe nak cakap,. Geng-geng chess,. K. Anis, K.Iman, K.Dini, K.Fina, Sofiya, Husna, Kauthar and Fzah,. And others are boys,.
Mase first2,. Taw yang coach takleh datang sebab pergi massmat, frust jugak,. Tapi takpe laa cikgu,. Kami akan buktikan,. Kami akan bawak balek piale untuk sekolah! Tu laa tekad kami! Dengan semangat yang membara kami dengan penuh tawakkal masuk dewan and lawan jee,. >kes tawakkal habis-habis nih sebab seminggu tak practice,. Pergh,.!
Alhamdulillah,. Fzah menang 4 set dari 7 set,. Huh,. First time nih,. Sekola fzah memang sengit ngan SMKTIZ,. Mase set last fzah duk meje no. 4,. Alhamdulillah,. Bukan senang set last nak duk meje depan,.
Untuk wakil MSSD Dungun,. Hanye 4 orang je terpilih untuk setiap kategori,. Ni orang yang duduk ranking 1-4,. Alhamdulillah,. Untuk kategori L15,. 3 dari 4 orang yang terpilih tuh dari sekola fzah,. Kategori L18 pulak 1 dari 4 orang dari sekolah fzah,. P15,. Xder sorang pom,. Hehehe,. Tuh kategori fzah laa tu,. Sofiya kalah dengan IZ,.di meje no 2,. Fzah kalah ngan IZ jugak meje no 4,. Husna ngan Kauthar plak lawan same sendiri kat meje no 5,. Huhuhu,. Kategori P18 pulak,. 2 dari 4 orang dari sekolah fzah iaitu K.Anis – ranking first,. And K.Fina – ranking ke-4,. Huhuhu,. Bagi fzah ni laa pencapaian paling terbaek aa selame fzah wakil sekolah menengah walaupom tak dapat piale pusingan macam tahun 2010,. Huhuhu,. Piale pusingan telah dirampas oleh IZ,. Takpe2,. Tuh rezeki korang,. Kite pom ape kurang nye kan,.? Dapat second tuh daa kire oke,.
Congrate ye sume! Anda telah berjaye buad C.Hise bangge,. Hehhe,. Ye ke ckgu bangge,.? Pandai je ko fzah,.! Hahaha,. sy taw mesti ckgu suke gak sebab ade jugak anak buah cikgu berjaye wakil daerah kan.? Hehehe,.;)
Knight ~ My Love One,.
Lega rase daa habis mssd,. So tak payah pergi practice lagi,. Hehehe,. Memang ko ni pemalas nak pergi practice kan fzah,.? Hehehe,. Memang doh,.  But I’m very sure,. After this there’s more open chess,. Huhuhu,. Kalo ader mood masok ah,. Kalo take malas ah,. Lagi-lagi tahun ni nak exam kan? Sedar-sedar laa fzah weii,.
>oke habis citer pasal chess,. Mesti ramai tak paham kan pasal perlawanan chess ni kan,. Fzah pom tak taw nak terang macam mane,. Kalo nak taw macam mane lawan,. Masok ah sendiri mane-mane open chess,. Huhuhu,.
~yang penting,. Fzah enjoy maen chess,. Yeah!

Thursday, March 15, 2012

Dengarlah Wahai Hawa


Wahai Hawa, Kenapa.. 

engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu?

Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya?
kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ?
dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa, Sedarlah..

Tangan yang menghayun buaian..

boleh mengoncang dunia
Sedarlah hawa..
kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang Soleh dan Solehah
kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta
memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati
dalam menegakkan Islam di mata dunia


Tapi hawa.. 
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki

dengan lembut tuturmu
dengan ayu wajahmu
dengan lengguk tubuhmu
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu
Jangan Hawa
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu..
kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH
Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan..
kerana wanita ialah jala syaitan
alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja..
 jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu
andai engkau sudah bersuami..
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu
andai engkau seorang ibu..
didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa, 

Andai engkau belum berkahwin

jangan kau risau akan jodohmu
ingatlah hawa janji TUHAN kita
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu..
hanya semata-mata kerana seorang lelaki
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu
 hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki
 kerana kau bukan memancing hatinya..
 tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan

dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turun ke hati
dari senyuman membawa ke salam
dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan…
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri

Hawa, 

Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa

Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya
kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka

Tetapi hawa,

Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya

peribadinya dan ad-dinnya…
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya
Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan
antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan
Oleh itu Hawa
Jagalah pandanganmu
jagalah pakaianmu
 jagalah akhlakmu
kuatkan pendirianmu…
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu
cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu
Hawa, Cintailah ALLAH..
dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi
cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH
Cintailah kedua ibu bapamu..
kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH
Cintailah keluargamu..
kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa , 

Biarlah tangan yang menggoncang buaian ini

dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI
Jangan sesekali..
tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya

 

“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah”
(Hadith Riwayat Muslim).

Tuesday, March 13, 2012

Bantulah Kaum Adam


Wahai saudariku seaqidah
Janganlah engkau memakai pakaian
Yang menampakkan lekuk tubuhmu hanya untuk
Menarik perhatian dan memikat kaum lelaki
Kerana sesungguhnya engkau bukan
Memancing hatinya tetapi
Engkau sedang memancing nafsunya…
Bantulah Adam, wahai Hawaku

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta
Berfikir sebelum bertindak
Santun dalam berbicara
Tenang ketika gundah
Diam ketika emosi melanda
Bersabar dalam setiap ujian

Kami sulit menahan pandangan mata kami
Ketika melihat kalian
Apalagi jika kalian diamanahkan Allah
Kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian
Kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
Dan tutupilah rambut hingga ke dada
Kalian dengan kerudung yang membentang

Kami sulit menahan pendengaran kami
Ketika berbicara dengan kalian
Apalagi kalian diamanahkan oleh Allah
Suara yang merdu dengan irama yang mendayu
Kerana itu tegaskanlah suara kalian
Tatkala berbicara berhadapan dengan kami
Dan berbicaralah seperlunya sahaja

Kami juga sulit menahan
Bayangan-bayangan hati kalian
Ketika kalian dapat menjadi
Tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami
Waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
Oleh bayangan-bayangan kalian
Kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
Menjadi curahan hati bagi kalian

Kami tahu kami insan lemah
Bila harus berhadapan dengan kalian
Kekerasan hati kami dengan mudah luluh
Hanya dengan senyuman kalian
Hati kami akan bergetar
Ketika mendengar dan melihat kalian menangis

Sungguh Allah telah memberikan amanah terindah kepada kalian
Maka jagalah amanah itu
Jangan sampai Allah murka
Dan memberika keputusan-Nya

Maha Besar dan Maha Suci Allah
Yang tahu kelemahan hati kami ini
Hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-Nya
Kalian akan menjadi halal bagi kami

Lalu apa yang telah kami lakukan selama ini
Ya Ilahi Ya Hafiz
Ampunilah daku
Untuk setiap pandangan yang tidak terjaga
Untuk iman yang tidak dipelihara
Lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab

Ya Rabbi Ya Mujib
Engkaulah mengawasi kami setiap detik
Kerana kasih sayangMu Ya Allah kepada kami
Engaku perintahkanlah malaikat silih berganti
Menemani kami siang dan malam
Agar iman kami dapat dijaga

Jadikanlah kami orang selembut Abu Bakar As-Siddiq
Sebijaksana Umar Al-Khattab
Sedermawan Uthman bin Affan
Sepintar Ali bin Abi Talib
Sesederhana Bilal bin Rabah
Setegar Khalid Al-Walid
Amin Ya Rabbal’alamin
 

Sunday, March 11, 2012

Coretan Buat Kaum Adam

 
Adam
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu
Sesungguhnya aku adalah Hawa
Temanmu yang kau pinta semasa kesunyian dahulu

Wahai Adamku
Aku asalnya dari tulang rusuknya yang bengkok
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu
Sentiasa ingin terpesong dari landasan
Kerana aku buruan syaitan

Adam
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku
Nescaya merahlah manusia kerana darah manusia,
Kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang membolekan Adam beristeri lebih dari satu
Tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu

Adam
Bukan kerana ramainya isterimu yang mebimbangkan aku
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku
Tapi aku risau, gundah-gulana menyaksikan tingkahmu

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu
Namun terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara

Adam
Aku tahu bahawa al-Quran sudah menyatak bahawa
Kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita
Kau diberi amanah untuk mendidik aku
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu

Tapi Adam
Nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini
Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar, bukan tempatku
Jika terpaksa aku keluar dari rumah hendaklah menjaga batas aurat dan akhlak
Tapi realitinya kin, Hawa telah lebih dari sepatutnya

Adam
Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu
Tapi sekarang diwaktu yang sama
Aku ke muka menguruskan hal negara
Aku ke hutan memikul senjata
Padahal, kau duduk sahaja
Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba
Kainku tinggi menyinsing peha mengamankan negara
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apajah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam
Marahkah kau jika ku katakana andainya Hawa terpesong
Maka Adam yang patut tanggung!

Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramie orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik
Jika murid bodoh, guru yang tidak mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil
Tidak mahu dengar kata
Tak mudah makan nasihat
Kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam
Seharusnya kau Tanya dirimu
Apakah didikanmu terhadapku sama seperti
didikan Nabi Muhammad terhadap isteri-isterinya?

Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu
Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua
Jika kau benar, maka benarlah aku
Jika kau lalai, lalailah aku
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu

Akalmu Sembilan, nafsumu satu
Aku… akalku satu nafsuku seribu!
Dari itu Adam.. pimpinlah aku
Kerana aku sering lupa, lalai dan alpa
Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu
Dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk membimbing kalimah Allah,
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku.
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi
mujahidah kekasih Allah.  

Adam
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri,
Masih segan mengikut langkah para sahabat,
Masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan
pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.

Maafkan aku sekali lagi adam.
Seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan
Amarah di dadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat
Kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Tetapi, percayalah! Bukan emas kucari, bukan berlian yang kupinta tetapi,
Hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam.

Dengarlah… keluhan hatiku buat dirimu..



Saturday, March 10, 2012

K.A.M.I. Cinta OLE-OLE,.!

Talking about ole-ole,. Huh,. Sebenornye,. 
Ole-ole : PAKEJ CUTI TERANCANG,.


huhuhu,. sebabum dapat wak balek,. adoyyaaii,.
biler nak buad nih,.? siyes,. tak sentuh lagi sebab bizi lorh balek kampung,.
okeh,. sekarang baru nak start buad,. tapi gitu laa,. buku sudah diketepikan untuk blog nim,. 
oke2,. sekejap lagi kite sambung buad ole-ole yee,. 


ole-ole pom kene ader signature mak ayh,. adoiihh,. kene check laa ni,. 
buku target pom ustaz suruh mak ayah sign,.
sumer bende mak ayah kene check nih,.
and satu bende pom tak settle lagi,.


one more 'bad' news for me,.
cuti ni,. budak-II Form3 kene datang sekolah awal,. addoooiiihhh,. cikgu,.!
tidaaaakkk,.!!!
kene datang hari Rabu,. one more time,. RABU,.!,.
hari rabu tuh ader majlis- Satu Janji Satu Matlamat,.
habislaa fzah,. mesti mak pergi jumpe ngan cikgu-II,. kompem macam-II citer yang mak kuar etgi,.
sabor je laa,. 
malam tuh baru start kelas,. maybe ade motivasi kut malam tuh,. 
haiisyhh,. sabor jee laa,.


'PEMEMGANG PANJI PMR 2012'


Friday, March 9, 2012

Cuti : Kenduri Beso!

Huh,.! excited nye dapat bukak blog terchenta ni,. rindu nak koyya-II,. hehehe,. daa berhabuk kan blog nih,. sian lak,. biler baru bukak blog ni macam-macam citer nak tabur kat sini eh,. hahaha.,.
herm,. kejap lagi nak baleq kampung,. haa  kali ni baleq awal,. sebab mak sedare belah ayah nak kawen,.
huhuhu,. suker nye ade kenduri beso-II,. lamer daa femili fzah x buad kenduri beso-II,.
tapi yang pasti nye,. biler baleq nanti kompem dapat pangkat bibik,. hahaha,. 
ape-ape pom Selamat Pengantin Baru ye Buad Abe Jai & Faezah,.


> get ready for a new job : Maid <

All the Above Copyright is the Property of Misz Hepi