Adam
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu
Sesungguhnya aku adalah Hawa
Temanmu yang kau pinta semasa kesunyian dahulu
Wahai Adamku
Aku asalnya dari tulang rusuknya yang bengkok
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan
darimu
Sentiasa ingin terpesong dari landasan
Kerana aku buruan syaitan
Adam
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari
kaummu di akhir zaman
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku
Nescaya merahlah manusia kerana darah manusia,
Kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada
zaman cucu-cicitnya
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
membolekan Adam beristeri lebih dari satu
Tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu
Adam
Bukan kerana ramainya isterimu yang mebimbangkan aku
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku
Tapi aku risau, gundah-gulana menyaksikan tingkahmu
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu
Namun terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara
Adam
Aku tahu bahawa al-Quran sudah menyatak bahawa
Kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita
Kau diberi amanah untuk mendidik aku
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan
Tuhanmu
Tapi Adam
Nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini
Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar, bukan tempatku
Jika terpaksa aku keluar dari rumah hendaklah menjaga batas aurat dan
akhlak
Tapi realitinya kin, Hawa telah lebih dari sepatutnya
Adam
Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu
Tapi sekarang diwaktu yang sama
Aku ke muka menguruskan hal negara
Aku ke hutan memikul senjata
Padahal, kau duduk sahaja
Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba
Kainku tinggi menyinsing peha mengamankan negara
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apajah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam
Marahkah kau jika ku katakana andainya Hawa terpesong
Maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramie orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik
Jika murid bodoh, guru yang tidak mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil
Tidak mahu dengar kata
Tak mudah makan nasihat
Kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam
Seharusnya kau Tanya dirimu
Apakah didikanmu terhadapku sama seperti
didikan Nabi Muhammad terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap
mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu
Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua
Jika kau benar, maka benarlah aku
Jika kau lalai, lalailah aku
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu Sembilan, nafsumu satu
Aku… akalku satu nafsuku seribu!
Dari itu Adam.. pimpinlah aku
Kerana aku sering lupa, lalai dan alpa
Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu
Dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk membimbing kalimah Allah,
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku.
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi
mujahidah kekasih Allah.
Adam
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri,
Masih segan mengikut langkah para sahabat,
Masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan
pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.
Maafkan aku sekali lagi adam.
Seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan
Amarah di dadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat
Kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Tetapi, percayalah! Bukan emas kucari, bukan berlian yang kupinta
tetapi,
Hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam.
Dengarlah… keluhan hatiku buat dirimu..
No comments:
Post a Comment