Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 15, 2012

Dengarlah Wahai Hawa


Wahai Hawa, Kenapa.. 

engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu?

Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya?
kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ?
dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa, Sedarlah..

Tangan yang menghayun buaian..

boleh mengoncang dunia
Sedarlah hawa..
kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang Soleh dan Solehah
kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta
memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati
dalam menegakkan Islam di mata dunia


Tapi hawa.. 
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki

dengan lembut tuturmu
dengan ayu wajahmu
dengan lengguk tubuhmu
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu
Jangan Hawa
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu..
kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH
Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan..
kerana wanita ialah jala syaitan
alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja..
 jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu
andai engkau sudah bersuami..
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu
andai engkau seorang ibu..
didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa, 

Andai engkau belum berkahwin

jangan kau risau akan jodohmu
ingatlah hawa janji TUHAN kita
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu..
hanya semata-mata kerana seorang lelaki
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu
 hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki
 kerana kau bukan memancing hatinya..
 tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan

dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turun ke hati
dari senyuman membawa ke salam
dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan…
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri

Hawa, 

Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa

Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya
kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka

Tetapi hawa,

Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya

peribadinya dan ad-dinnya…
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya
Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan
antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan
Oleh itu Hawa
Jagalah pandanganmu
jagalah pakaianmu
 jagalah akhlakmu
kuatkan pendirianmu…
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu
cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu
Hawa, Cintailah ALLAH..
dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi
cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH
Cintailah kedua ibu bapamu..
kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH
Cintailah keluargamu..
kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa , 

Biarlah tangan yang menggoncang buaian ini

dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI
Jangan sesekali..
tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya

 

“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah”
(Hadith Riwayat Muslim).

No comments:

All the Above Copyright is the Property of Misz Hepi